Featured Post Today
print this page
Latest Post

Kek Roll / Lapis Sarawak Berperisa Coklat

Dapatkan kek lapis / roll Sarawak pada harga yang berpatutan. Berperisa coklat seperti snickers, kinder bueno, mars, kitkat, ferrero rocher dan lain-lain lagi.




Nak raya tak lama lagi dah..Kek lapis/roll berinti coklat. Pelbagai perisa coklat yang lazat. Rasa yang enak dan...
Posted by Oh Resipi on Saturday, June 13, 2015

Kek Lapis Sarawak
0 komen

Salmon Panggang Bersos Percik

Resipi Salmon Panggang Bersos Percik


Bahan-bahan :

2 keping ikan salmon
4 sudu besar minyak zaitun
½ liter santan
Garam dan gula secukup rasa
Sehelai daun kunyit

Bahan kisar :
7 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1 cm halia
4 ulas bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau

Cara Menyediakan :

1. Panggang ikan salmon sehingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bahan yang telah dikisar dan daun kunyit yang dihiris sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah masak, tuang kuah di atas ikan yang telah dipanggang tadi.

Selamat Mencuba!

0 komen

Siput Sedut Masam Manis

Resipi Siput Sedut Masam Manis


Bahan-bahan :

300g siput sedut
50g cendawan butang (dipotong 2)
3 ulas bawang putih
1 biji timun (dipotong dadu)
1 biji tomato
3 tangkai cili merah (dimayang)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
½ sudu besar cuka
4 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
175 ml air
2 tangkai daun ketumbar
4 tangkai daun bawang
1 sudu besar minyak masak

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan timun, cendawan butang, tomato, bawang besar, cili merah, cuka, sos tomato, sos ikan dan air. Biarkan seketika.
2. Setelah mendidih, masukkan siput dan sedikit tepung jagung. Apabila sebati masukkan daun bawang dan daun ketumbar.
3. Angkat dan hidangkan.

Selamat Mencuba!

0 komen

Ayam Kong Poh

Resipi Ayam Kong Poh


Bahan-bahan :

200g isi ayam (dihiris)
5 cm halia (dihiris halus)
½ tangkai cili merah (dipotong dadu)
½ tangkai cili hijau (dipotong dadu)
1 tangkai daun bawang (dipotong 2 cm)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
½ labu bawang besar (dipotong dadu)
2 tangkai cili kering (dipoton 2 cm)
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
Secubit lada sulah
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Kemudian masukkan cili kering dan kacau sehingga garing.
3. Masukkan pula cili merah, cili hijau, daun bawang, bawang besar, sos ikan, sos tiram, minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.

Selamat Mencuba!

0 komen

Taw Miew Ikan Masin

Resipi Taw Miew Ikan Masin


Bahan-bahan :

300g taw miew
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
5 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 tangkai cili merah (dihiris halus)
100g ikan sepat masin (dipotong kiub dan goreng)
50g cendawan hitam (dihiris kasar)
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah.
2. Kemudian masukkan cendawan hitam.
3. Setelah sebati masukkan taw miew.
4. Kacau rata dan masukkan ikan masin, daun bawang dan cili merah.
5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Selamat Mencuba!

0 komen

Pari Berlada

Resipi Pari Berlada


Bahan-bahan :

500g ikan pari
1 labu bawang besar (dihiris)
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
10 tangkai cili padi
7 tangkai cili merah
8 ulas bawang merah
5 cm halia
2 ulas bawang putih

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak. Lumurkan ikan pari dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar tadi dan biarkan sehingga terbit minyak.
3. Masukkan sedikit air dan garam secukup rasa, kemudian curahkan ke atas ikan.

Selamat Mencuba!

0 komen

Rendang Kerang

Resipi Rendang Kerang


Bahan-bahan :

1 kg isi kerang
1 liter santan
100g kerisik
1 helai daun kunyit (dihiris)
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm lengkuas
4 cm halia
2 cm kunyit
2 batang serai

Cara Menyediakan :

1. Rebus kerang separuh masak dan asingkan isinya.
2. Tuangkan santan di dalam kuali. Masukkan kerang dan bahan kisar. Gaul rata dan masak di atas api sederhana besar.
3. Setelah mendidih, masukkan kerisik dan daun kunyit. Tambahkan garam secukup rasa dan masak seketika sehingga kuah hampir kering.

Selamat Mencuba!

0 komen
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Oh Resipi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger